Saturday, 14 April 2012

akhirnya kau pergi jua .

sedih
gembira
geram

kenapa ketiga-tiga perkataan di atas dieja berlainan saiz ? mungkin melalui saiz tulisan ini kita boleh tentukan mana yang lebih penting atau yang menarik perhatian kita . melalui tulisan ini para pembaca mungkin boleh tahu perasaan yang aku rasa sekarang ni . 

  1. sedih   
  2. geram
  3. gembira
begitulah turutan perasaan aku sekarang ni . aku rasa sangat sedih , geram pun ada juga . gembira pula sedikit kerana perasaan itu sementara sahaja . bukan apa . aku sedih sebab kawan aku ditimpa masalah besar . aku sedih sebab aku tak mampu nak tolong dia . dah lah aku kata perkataan yang melukakan hati dia masa tu . maaf , aku tak tahu masa tu . aku main-main saja , tapi tak tahu pula yg dia ambil serius . nasib baik dapat terus terang , kalau tak aku tak tahu lah nak cakap rasa serba salah aku ni . aku berat hati nak lepaskan dia pergi . namun ini jalan yang terbaik utk dia . 

untuk dia :-

aku tak minta banyak dari kau . tak minta pun kau ingat aku selalu , cuma apa yang aku minta ,  dekat sekolah baru nanti , jangan sesekali ulangi kesilapan yg sama . kalau ada apa-apa masalah , cakap dengan aku . aku nak jadi tangan yang kau boleh sambut bila kau jatuh .aku nak jadi kawan yang boleh tarik kau ke jalan yang diredhaiNya bila kau sesat . jadikan penghijrahan kau ni satu penghijrahan yang sangat baik untuk kau . aku dekat sini sedia menyokong kau . berusahalah untuk jadi yang lebih baik dari semalam . aku tahu kau boleh buat ! =)  

try to be the real hamba Allah ! =D


p/s: mohon maaf sebab post lambat . sepatutnya nak post dalam dua bulan lepas tapi sebab ada beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan .


No comments:

Post a Comment