Saturday, 8 December 2012

3 things not 3 words

3 words that always we want to hear .. I LOVE YOU ! . tapi adakah 3 words ni boleh beri kita apa yang kita nak ?

masa tengah menyapu tadi , aku pasang lah telinga dekat radio yang memang selalu terbuka tu . Ada seorang wanita tengah bercakap masa tu , memberi pendapat dia . gaya macam seorang prof (suara beliau memang selalu keluar radio , aku suka dengar beliau bagi pendapat tapi asyik lupa nama beliau ) .

 Kata-kata dia membuatkan aku berhenti menyapu . dia kata : --->

Manusia memerlukan tiga perkara dalam hidup .


  1. kebahagiaan
  2. kebebasan
  3. ketenangan ( yang ni x sure sangat )

Dengan menggunakan konsep 'what you give , you get back ' , dia kata , hidup kita harus memberi . kalau kita tak beri kebahagiaan pada orang , macam mana kita nak dapatkan kebahagiaan yang kita nak ? sama juga untuk kebebasan dan ketenangan . kalau kita asyik marah orang je , mustahil lah kita tak dimarah balik ?

Kebebasan ? mungkin kita ingat hidup kita terkongkong dengan peraturan , tak kisah lah agama atau negara atau apa-apa je . tapi percayalah , apabila kita ikut apa yang Allah suruh , hidup berlandaskan Islam dengan sebetul-betulnya , percayalah , anda akan dapat kebahagiaan serta ketenangan yang anda cari selama ini .

Aku juga mengiyakan apabila dia kata , untuk melihat diri kita ini seorang yang boleh dikatakan mempunyai ketiga-tiga perkara kat atas tu , mari kita lihat masa kita bangun pagi . Ketika bangun pagi , adakah kita merasa , 

" arghh , kenapalah hari ni datang lagi ? " 
" aduh , malasnye ! "

Kalau ada rungutan-rungutan yang macam ni , terbuktilah hidup kita masih lagi tak tenang . Tenangkan lah jiwa kita ni . Mungkin sebelum tidur , kita mohon pada Allah agar ampunkan segala kesalahan kita dan kita ampunkan kesalahan orang lain .

Hiduplah didunia dengan Islam yang sebenar-benarnya kerana bukan sahaja kebahagiaan , kebebasan dan ketenangan shaja yang kita boleh perolehi tapi lebih daripada itu .

Semoga kita bersama-sama istiqamah dalam perubahan yang dilakukan , InsyaaAllah !


p/s : apa yang ditulis ni hanya lah separuh daripada apa yang dikatakan , bukannya exactly seperti yang dikatakan . maklumlah , mendengar! Kalau ada kesilapan , harap tegur . tq ! :)

Saturday, 14 April 2012

akhirnya kau pergi jua .

sedih
gembira
geram

kenapa ketiga-tiga perkataan di atas dieja berlainan saiz ? mungkin melalui saiz tulisan ini kita boleh tentukan mana yang lebih penting atau yang menarik perhatian kita . melalui tulisan ini para pembaca mungkin boleh tahu perasaan yang aku rasa sekarang ni . 

  1. sedih   
  2. geram
  3. gembira
begitulah turutan perasaan aku sekarang ni . aku rasa sangat sedih , geram pun ada juga . gembira pula sedikit kerana perasaan itu sementara sahaja . bukan apa . aku sedih sebab kawan aku ditimpa masalah besar . aku sedih sebab aku tak mampu nak tolong dia . dah lah aku kata perkataan yang melukakan hati dia masa tu . maaf , aku tak tahu masa tu . aku main-main saja , tapi tak tahu pula yg dia ambil serius . nasib baik dapat terus terang , kalau tak aku tak tahu lah nak cakap rasa serba salah aku ni . aku berat hati nak lepaskan dia pergi . namun ini jalan yang terbaik utk dia . 

untuk dia :-

aku tak minta banyak dari kau . tak minta pun kau ingat aku selalu , cuma apa yang aku minta ,  dekat sekolah baru nanti , jangan sesekali ulangi kesilapan yg sama . kalau ada apa-apa masalah , cakap dengan aku . aku nak jadi tangan yang kau boleh sambut bila kau jatuh .aku nak jadi kawan yang boleh tarik kau ke jalan yang diredhaiNya bila kau sesat . jadikan penghijrahan kau ni satu penghijrahan yang sangat baik untuk kau . aku dekat sini sedia menyokong kau . berusahalah untuk jadi yang lebih baik dari semalam . aku tahu kau boleh buat ! =)  

try to be the real hamba Allah ! =D


p/s: mohon maaf sebab post lambat . sepatutnya nak post dalam dua bulan lepas tapi sebab ada beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan .


Thursday, 15 March 2012

alhamdulillah , i'm still alive .!

i'm still alive
i might look like i'm dying but i'm not

i avoid everyone's gaze
i never hide

even though i proudly fall down
i'm still alive

i don't have anything to lose
put the past behind and jump out

the way i'm falling deeply is graceful right now
i'm throwing myself to the sky
i'm free

at this very moment , i am living !



alive [english sub] : big bang



tahun 2012 , tahun kiamat ??

         Nauzubillahiminzalik ! minta dijauhkan . aku tak sanggup ! kenapa ? sebab tahun ni aku nak berubah . betul-betul nak berubah . sebab apa ? sebab nak berubah lah . tak ada lah . nak tau ? jom tengok bawah :---->


  1. half of my beloved friends had left
  2. then , came many , many and so many NEW friends
  3. terasa diri sudah matang ( dah form 4 , mesti lah fikiran kena matang kan ? )
  4. dosa lebih banyak daripada pahala
       Berikut adalah sebab-sebab mengapa aku mahu berubah . sesiapa yang ada niat nak berubah tu ,jom kita bersama-sama meneruskan usaha murni kita ni . apa yang aku nak cakap ,


" don't GIVE UP ! Allah ALWAYS with us ! "

Pandang ke hadapan , jangan toleh-toleh . we can do it . bak kata orang , a long journey start with a single step . jadi , marilah kita start a single step tu dengan doa ini ,


Maksudnya :

" Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"

Semoga hari kita bertambah indah apabila dimulakan dgn nama Allah . InsyaAllah . 

innallaha ma'ana




Wednesday, 14 March 2012

disini bermulanya langkah ...

a simple blog

from me

for you !


Ahlan Wa Sahlan ! dedicated to all readers . Alhamdulillah . Akhirnya dapat juga hasilkan sebuah blog . Sebenarnya blog ni dah lama dibuat cuma aku je yang sibuk sangat sampai tak dapat nak post entry dekat sini .

Aku harap dengan blog ni aku dapat kongsi benda yang munasabah , benda yang mendekatkan aku dgn kekasih aku . ??? Allah s.w.t lah ! :) . mesti korang cuak kan .

aku bukan seorang yang suka berdakwah dgn kata-kata mahupun pena dan papan kekunci . tapi InsyaAllah , aku akan cuba yang terbaik . .

Apa yang baik itu datang daripada Allah s.w.t , dan yang buruk itu datangnya dari hambanya yang khilaf ini . Semoga anda semua rajin follow blog ni . kalau dah follow tu , rajin-rajinkan lah tangan anda utk meninggalkan komen yang mana utk kebaikan kita semua .

Assalamualaikum ...