Monday, 10 February 2014

lihat semula dan perbaiki !

usia remaja merupakan satu masa yang sangat mencabar . pada masa ini lah kita mencari diri kita yang sebenarnya . cabaran yang datang bagai ombak di lautan , tak pernah berhenti memukul pantai .

aku akui aku lemah untuk hadapi semua ini . walaupun aku dapat hadapinya , tapi hati aku masih kosong . Apabila hati ni dah kosong , aku isinya dengan perkara yang tak patut . Aku tahu aku salah , tapi aku tetap buat benda yang sama .

" aku TAHU dan SEDAR tapi aku SENYAP "

Aku tak ambil tindakan apa-apa untuk majukan diri . Aku tenggelam dalam dunia sendiri . Bila nak bangkit , aku mesti fikir yang ' aku tak boleh , i can't do better than them , its to late ' . Akhirnya aku terduduk di tepi jalan dan hanya mampu memandang mereka yang lalu-lalang dengan perasan yang sangat kalah . Aku menganggap diri aku dah tak boleh untuk mencapai langit . Jadi aku ambil keputusan untuk terus duduk begini . tak pernah fikir untuk cuba mengejar impian . dalam erti kata lain , aku meneruskan hidup aku seperti biasa macam robot . 


Sehinggalah aku ternampak seorang perempuan yang lalu di hadapan aku ini . Aku kenal ia .Salah seorang rakan yang sangat sederhana latar belakangmya . Dia bukanlah ditempat yang tertinggi mahupun tempat yang terendah . Dia pernah jatuh , dan dia bangkit dengan senyuman . Bukan dengan cacian . Dia selalu tersenyum , dia tak pernah memikirkan masalah dia . Apa yang orang buat dekat dia , dia tak kisah . bagi dia , dia tak kisah asal diri dia bahagia . Dia bersyukur dengan hidupnya yang sekarang .Cukuplah apa yang Allah dah bagi dekat dia .Dia terima dengan seadanya . 

Apa yang dia nasihatkan aku ,

" jangan fikir pandangan orang , fikir pandangan Allah . "


Kita manusia. Perlukah kita takut dengan manusia ? Bukankah Allah tu Maha Besar. Kita patut takut pada Dia. Tapi kenapa aktiviti harian menunjukkan bahawa kita tiada sekelumit pun perasaan takut padaNya?